

Monday - Friday: 9am - 6pm.
Saturday: 10am - 2pm.
Sunday & Public Holiday: Closed.
Buy online 24/7 or walk-in to our store, our friendly team is always ready to serve you :)
Tutorial: https://youtu.be/LSARXE_DEWI
Ini adalah satu kit pembelajaran STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik). Kit ini adalah berdasarkan Projek Pagar Keselamatan yang merupakan salah satu projek dalam subjek Reka Bentuk Teknologi Tahun 5. Kit ini mengandungi komponen-komponen elektronik yang diperlukan untuk para pelajar mula membina projek-projek menarik dengan elemen interaktif seperti bunyi, cahaya dan gerakan. Ianya sesuai untuk pelajar-pelajar belajar tentang pengaturcaraan elektronik, papan mikropengawal, dan peranti 'input/output' menggunakan papan Maker UNO.
Maker UNO ialah satu papan mikropengawal yang berkemampuan untuk menerima input, memproses, dan mengeluarkan output. Para pelajar boleh memuat turun aturcara (program/code) ke dalam papan Maker UNO untuk mengawal peranti elektronik seperti LED, motor servo, dan sebagainya. Maker UNO adalah satu papan mikropengawal serasi Arduino UNO, lengkap dengan LED, pembaz, dan butang yang boleh diaturcara.
Dengan adanya papan Maker UNO dan wayar mikro USB, para pelajar boleh mula memasang dan mengaturcara komponen-komponen elektronik untuk projek pagar keselamatan. Untuk kemudahan anda, komponen-komponen elektronik dan perkakasan yang diperlukan untuk membina projek seperti perintang, motor servo, suis tekan, LED dan sebagainya, juga tersedia dalam kit ini.
Nota: Projek ini boleh dikuasakan dengan Bank Kuasa (power bank).
Untuk pengetahuan anda, kotak kit ini telah direka khas untuk kegunaan projek pagar keselamatan. Ia mempunyai bahagian yang boleh dipotong untuk memuatkan suis tekan, motor servo, wayar untuk modul lampu isyarat dan juga palang! Menarik, bukan?
YouTube video bersama Cikgu: